Webmaster Pengakap Daerah Muar tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah atau kerosakan yang disebabkan sebarang maklumat, muat turun atau sebarang bahan yang didapati dari portal ini. Semua aktiviti melalui portal ini adalah tanggungjawab sendiri. Harap maklum.
SALAM PENGAKAP WEBMASTER SERTA AJK PORTAL PENGAKAPMUAR
INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE PORTAL KAMI
SEMOGA PORTAL INI MENJADI WADAH KOMUNIKASI
SERTA PEMUDAH BICARA KEPADA AHLI PPM(MUAR)
SERTA AHLI-AHLI PPM DI SERATA DUNIA.
SEGALA PERTANYAAN SILA HUBUNGI KAMI DI admin@pengakapmuar.myportal.my
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN 2010
SEMOGA PPM (MUAR) BERTAMBAH MUTU & MAJU
MAJLIS ANUGERAH MANIKAYU PER. PENGAKAP MALAYSIA
( JOHOR )
Ahad, 17 Januari 2010. Satu Majlis Anugerah Manikayu Persekutuan Pengakap Negeri Johor telah diadakan
di Dewan Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) Parit Raja, Batu Pahat pada hari ini.
Antara tetamu yang hadir termasuklah Ketua Pesuruhjaya pengakap Negara, Dato' Hj. Kaharudin bin Mormin.
yang tidak ketinggalan merasmikan majlis tersebut. Tidak dilupakan kehadiran Pesuruhjaya Negeri Johor,
Tn. Hj. Yaakob b. A. Karim, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka, Tn. Hj. Abdul Kader b. Mohd. Nor serta
mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn. Hj. Ibrahim b. Jonid.
Pengakap Muar tidak ketinggalan mempunyai lima orang wakil yang menerima manikayu terdiri daripada
jurus Kanak-kanak dan Kelana. Syabas diucapkan. Tidak lupa juga tahniah buat penganjur terutamanya
Tn. Hj. Ibrahim b. Abdullah selaku tulang belakang merangkap Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor
kerana berjaya mengadakan majlis anugerah yang gilang-gemilang.
Perkhemahan Koloboratif Badan Beruniform Daerah Muar telah diadakan selama
3 hari 2 malam bertempat di Padang SK Ismail 1 mulai 30 Oktober hingga 1 November.
Seramai 165 peserta bersama kira-kira 40 Pemimpin Pengakap Daerah Muar,
Pengakap Kelana serta pembantu dari SMK Dato Sri Amar dan SMK Dato Ismail telah
menjayakan perkhemahan tersebut.
Antara peserta yang terlibat termasuklah dari kalangan ahli-ahli Pengakap,
Puteri Islam, Tunas Puteri, Kadet Polis, Kadet Bomba dari kalangan sekolah-sekolah
Pemuafakatan Pintar Daerah Muar bersama sekolah-sekolah yang berada di dalam
Zon Maharani.
Antara aktiviti yang diadakan termasuklah aktiviti kawad kaki asas, ikatan dan simpulan,
nyanyian dan tepukan, radio amatur, permainan kim berdasarkan sistem base.
Terdapat juga pelbagai pertandingan antaranya, pertandingan perkhemahan terbaik,
ikebena, lastik dan ikatan. Segala kerjasama lokasi dan fasiliti terutamanya kepada
Guru Besar SK Ismail 1, En. Adam b. Adas amatlah dihargai